Friday, August 18, 2006

Kemelayuan

Aku masih lagi kemaruk dengan lagu Amuk - Aku Akan Pulang, yang telah aku letak di bawah ini.

Mulai sekarang, aku akan cuba mengisi ruangan ini menggunakan bahasa melayu. Aku hanya ingin tahu betapa rosaknya melayuku, setelah berapa lama tidak menulis dalam bahasa ini. Jadi, ah... bedal sajalah.

Sekali lagi, aku minta maaf kerana 'accident' kecil yang menimpa kita. Harap2 kau tak apa2. Alah, memang tak ada apa2 pun. Biar 'fierce' sikit, ada scar kat tangan. Heheh.

Kerja tetap sial. Tapi semakin aku faham selok belok dan isi kerja dalam unit itu. Jadi, boleh lah tahan. Boring pon tak boring sangat, gerek pon tak gerek sangat. Hari ini, dah lah tak cukup orang, kena buka sataylite sampai empat empat sekali. Macam tak percaya gitu. 3 ekor budak ns, campur dengan semua pak pak dan uncle-uncle regular, semuanya sama2 kerja keras angkat barang berat nak mampus.

Nasib baik semuanya berjalan lancar, sampai kita dapat tumpang tuan bos cikgu naik kereta pergi solat di An-Naeem. Ini pertama kali aku lihat dan masuk An-Naeem setelah renovasinya. Putih dan cantik segibentuknya.

Arh.. tersekat-sekat pula aku menulis dalam bahasa melayu. Fikir balik, adakah patut aku berkhayal nak cuba jadi cikgu melayu? Haha... kelakar.

Ah, lagi satu cerita kelakar, yakni seram, tapi kelakar cara aku mendapat ilhamnya;

Aku baru bangun tidur, tengah 'stone', lalu aku perlahan-lahan siap sedia untuk ke kerja. Dalam pertengahan bersiap-siap, aku tersentak dengan bayangan cerita seram. Sebenarnya memanglah cerita ini tidak hasil ciptaan aku yang 'original', tapi zaman sekarang, manalah kita nak dapat cerita yang original. Semuanya hasil cerita mulut ke mulut. Ia akan 'original' hanya kepada mereka yang tidak pernah mendengar cerita sebegitu.

Aku rasa, aku akan menduduki idea ini. Habis, expression orang putih dimelayukan. Rosak rosak. Dah, dah habis dah cerita hari ini.

Sekali lagi, minta maaf kerana 'accident' bodoh itu. Memang road dah banyak gravel, nak buat apa kan? Scar sikit orang kata seksi. Hahaha.

Aku nak blah. Lepak lagi sampai pagi.

No comments: